Wednesday 28 September 2011

RED VELVET CAKE

Assalamualaikum..




Salam ceria semua.. pejam celik, pejam celik dah nak habis raya.. Banyak lagi rumah makcik, pakcik & sedara yang zura tak sempat beraya.. Nak buat macam mana suami zura ni sabtu & ahad pun kne keje.. kalau rumah kawan2 & jiran boleh la pergi malam lepas dia balik keje.. Nampaknyer terpaksa la tel makcik & pakcik yang zura tak sempat beraya tahun ni.. Insyaallah lepas raya bila ada masa zura pergi lah..




Hmm.. Arini zura nak kongsikan resepi kek pulak.. Pernah dengar RVC kan?? Haa.. zura pun dah terkena tsunami Red Velvet Cake n Cupcakes nih.. Geramm jer tengok orang punya RVC.. Tu yang tak tahan tu.. Sampai termimpi-mimpi.. kebetulan masa zura dapat resepi ni dah hampir dgn hari jadi mak zura..  1st time zura buat RVC ni masa bzday mak zura,, tp tak berapa moist coz overcook n kurang susu.. masa tu zura tak ade penyukat khas tok wat kek.. Yang ni 2nd time zura wat.. Alhamdulillah ade improvement.. hehee.. Kek ni sepupu zura yang order setelah dia makan RVC masa bzday mak zura.. katanya kek ni cam "milk booster" coz lepas dia makan kek ni susu dia  banyak kerana dia menyusukan anak.. mungkin sebab ada kandungan susu dan cream cheese agaknyer..



Resepi ni zura dapat masa tengah cuci mata kat myresepi.. Dari nadiaejat.. katanya resepi ni di ambil dr pinchmysalt.com yang diterjemahkan ke bahasa melayu.. 
So RVC anyone? hahaha.. zura kongsikan resepinyer di sini.. 


Red Velvet Cake



Bahan-bahan (1 biji)

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

  • Bahan2 Cream cheese frosting

  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gula icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi tak keras, baru makan.

Cuba jangan tak cuba.. hehee..=)

6 comments:

  1. as-salam
    cantiknye Red Velvet Cake..menarik..

    ReplyDelete
  2. wsalam ady.. terima kasih.. bru belajar x terror lg..

    ReplyDelete
  3. Merah sangatlah Mak Ngah hihi..

    Follow sini juga :)

    ReplyDelete
  4. salam Zura.. cantiknya RVC pandai zura deco2.. berseni adik kita ni.. :D

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan selamat berkenalan juga dari akak. Cantik tengok hasil kerastangan Zura, cam dah pro......keep it up dear

    ReplyDelete
  6. Oh Oeya
    Law x merah,, x jd RVC aq nih..

    Kak Azlita Aziz
    Wsalam.. Mekaseh ya Kak Ita.. byk belaja dr blog kak Ita..

    Kak Wattie
    Wsalam.. mekaseh ya kak Wattie..

    ReplyDelete

my playlist