Tuesday 27 September 2011

Jom pekena Mee Rebus..

Assalamualaikum..



Asyik2 mee rebus.. tiap2 tahun masa hari raya menu ni yg tak boleh miss.. nak wat cam mane orang dah jatuh cinta dgn mee rebus suami zura ni.. hehehe.. diorang dtg pun setahun sekali,, so kita masak jer laa.. biasanya zura jadi assistant suami jer kalau masak banyak ni.. zura tolong sediakan bahan2 pastu dia yang masak..


Kali ni kakak angkat suami zura yang beria2 nak makan mee rebus ni.. Lebih2 lagi dia sedang pregnant.. Jadi zura pun decide masak mee rebus ni.. tapi malangnye dia tak datang pun kerana masuk wad akibat darah tinggi.. kesian dia.. Insyaallah lain kali kot buatkan tok dia..



Zura nak sharekan resepi mee rebus kat sini.. sesiapa yg rasa nak makan mee rebus boleh la salin resepi dibawah ni yee.. 


Mee Rebus (8-10 orang)


Bahan- bahan:


Mee kuning 1 kg (dicelur)
Taugeh (dibuang ekor)
Tauhu 3 keping(dipotong dadu dan digoreng)
Bawang goreng
Daun sadri & daun bawang(dihiris)
Lada hijau & merah (dihiris)
Limau kasturi ( dibelah 2)
Telur 10 biji (direbus)


Bahan kuah:


Keledek 1kg (direbus & dikisar bersama air rebusan)
Tetel 1/2 kg (direbus hingga empuk)
Bawang besar 2 biji (kisar)
Bawang putih 6 ulas (kisar)
Halia 1 1/2 inci (kisar)
Lengkuas 1 1/2 (kisar)
Serai 2 btg (kisar)
Udang kering 4 sudu besar (kisar)
Kari babas 6 sudu besar
Gula 1/4 kg (250 gm) boleh ditambah atau dikurangkan
Garam secukupnya
Serbuk perasa (optional)
Air secukupnya


Cara-cara


Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan udang kering yg telah dikisar sehingga wangi..
Masukkan pula kari, tumis sebentar kemudian masukkan tetel, keledek dan air.. biarkan mendidih..
Masukkan gula, garam dan perasa.. didihkan lagi sehingga nampak minyak diatas permukaan kuah.. 
Tutup api setelah kuah sudah sedikit pekat dan cukup rasa..


Kuah dah siap.. Apa lagi,, ambil pinggan letakkan mee, taugeh, tauhu, lada, bawang goreng, telur, limau kasturi, daun sadri dan daun bawang.. kemudian tuangkan kuah dan sedia untuk di makan..


Selamat mencuba..













No comments:

Post a Comment

my playlist