Thursday 20 October 2011

Pumpkin Rose Pau

Assalamualaikum..


Alhamdulillah terang cuaca pagi ni.. harap2 dapat la buat keje2 kat laman rumah.. maklum la musim hujan ni rumput2 pun cepat tumbuh.. Breakfast apa pagi ni?? jangan pening2 jom kita buat pau.. 






Resepi ni zura dapat dari dapur kak Ita masam manis.. Oleh kerana tergoda dgn rupa paras Purple Sweet Potato Rose Pau Kak Ita,, zura pon cari2 la bahan kot2 ader.. Rupa2nyer zura dh gunakan keledek yang disangka2kan ader tu.. huhuhu.. cari pulak jem,, cuma tinggal jem strawberry jer.. hmm.. hati dah meronta2 nak buat rose pau tu.. Zura buka fridge jumpa la sebijik labu.. Haaa.. ape kata  tukarkan keledek dgn labu.. nak gna jem ape pulak nih.. zura pon search google mne tau ader jem labu.. memang ader tapi ade campur halia, kayu manis, oren & lemon.. takot anak2 x suke pulak rasa halia & kayu manis tu.. Aah buat jer la R&D sendiri.. Alhamdulillah jadi jugak pumpkin jam zura.. yeay..




Berejam jugak nak menyiapkan pau ni dek dikacau oleh anak kembar zura, Farhan & Fahrin.. Hmm.. sabo je laa.. Zura kongsikan resepi Kak Ita yang dah dijahanamkan oleh zura kat sini.. Jangan marah ye kak..


   PUMPKIN ROSE PAU



  • 250 gm - labu (direbus) kak ita guna keledek purple
  • 200 gm - air
  • 500 gm - tepung gamdum (kak ita guna Tep Pau)
  • 1 tsp - Baking powder
  • 100 gm - gula
  • 50 gm - shortening atau lemak sayuran
  • 1/4 tsp - garam
  • 11 gm - yeast segera
  • 1 tsp dough softener (zura letak)




  • Labu dibelah 4, buang biji dan direbus. Ambil isi labu menggunakan sudu dan kisar dgn air sehingga halus.
  • Campurkan semua bahan kecuali shortening, uli hingga menjadi doh yang lembut.
  • Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat ditangan.
  • Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
  • Tutup doh dgn towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
  • Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.



   Cara2 untuk buat Pau Biasa



  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.
  • Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
  • Kukus doh dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit.



   Cara2 untuk buat Pau Ros


Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dgn setiap satu beratnya 15 gm. Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan.

Susun keenam-enam doh yang telah dicanai tadi bertindih2 seperti gambar. Bulatkan inti sebesar guli. Letakkan 2 biji inti di atas doh yang telah disusun.





Kemudian gulung doh hingga hjg. Ptg ditengah gulungan menjadi 2 kuntuman, kemaskan. Letak diatas papercup. Rehatkan doh dan biarkan naik 2 kali ganda. kukus pau selama 10-12 min.







Oopps.. hampir terlupa resepi jem labu..






   Pumpkin Jam



  • 400 gm Labu (rebus)
  • 250 gm Gula
  • 1/2 cawan Air
  • 3 sb Tep gandum (bancuh dgn 3sb air)
  • 3 helai Daun Pandan


  • Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Masak hingga pekat dan kemudian biarkan sejuk..



    Selamat mencuba..

5 comments:

  1. Cewahhh.. Jangkit Kak Ita eikkk Da hik3..

    Cayalah Da.. makin bertambah skill di dapur :)

    ReplyDelete
  2. Haah dh terkena Virus Kak Ita.. Tp x la serajin Kak ita, ari2 ade jer resepi nk share..

    ReplyDelete
  3. these are the most beautiful dumplings I have ever seen - pretty rose and sweet too.

    ReplyDelete
  4. Tq shaheen..

    Try it.. u'll luv it..

    ReplyDelete
  5. hye zura.sy nak tanya tep gandum tu ape....?

    ReplyDelete

my playlist