Friday 11 November 2011

Sup Tulang Rusuk mamak style





Assalamualaikum..


Salam ceria semua.. walaupun hati tak berapa nk ceria.. huhuhu.. 11.11.11,, wah beruntungnyer mereka yang menyambut hari lahir pd hari ni.. sekali dalam hidup.. tapi takpe.. zura tggu taun depan, bday zura 12.2.12.. walaupun tak berapa cantek tapi boleh la.. hee.. Hahh!! nak masak ape harini?? harini zura masak sup tulang rusuk.. resepi ni zura dapat dari kakak ipar zura yang berniaga restoran satu masa dulu.. sebelum ni zura tak pandai makan sup yg pekat dgn rempah.. tapi dah selalu makan, sedap la pulak.. 






Bagi penggemar sup mamak boleh try resepi ni..




    Sup Tulang Rusuk


    Bahan2
  • Tulang Rusuk - 2 kg
  • Rempah penumis 4 sekawan
  • Bawang merah - 7 biji (dikisar)
  • Bawang putih - 3 ulas (dikisar)
  • Halia - 3 inci (dikisar)
  • lengkuas - 2 inci (dikisar)
  • Rempah sup - 1  1/2 paket kecil (5 camca besar)
  • Rempah kurma - 1/2 paket kecil (2 camca besar)
  • Serai - 3 batang (diketuk)
  • Batang Seleri - 1 batang (dipotong2 serong)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Daun sup - 2 pokok (dihiris)
  • Bawang goreng



    Cara2 memasak
  • Rebus tulang rusuk hingga empuk.. Oops,, bukan tulangnya yg empuk tapi daging disebelah tulang tu..
  • Tumiskan rempah penumis, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas hingga naik bau.. masukkan pula rempah sup & rempah kurma kedalam tumisan tadi seketika sahaja dan tutup api..
  • Tuangkan kedalam periuk rebusan tulang..
  • Masukkan juga batang seleri, serai, garam & serbuk perasa..
  • Hidangkan ke dalam mangkuk & taburkan daun sup dan baw goreng..


    Sambal Kicap special

  • Cili padi - 1/2 cawan (digoreng)
  • Bawang putih - 2 ulas (digoreng)
  • Gula - 1/2 cawan
  • Kicap lemak manis - 1/2 cawan
  • Bawang goreng - 2 camca besar

   Cara2
  • Kisar semua bahan hingga hancur..
  • Tuangkan dalam mangkuk..
  • Siap dah sambal kicap..

Tips 1: untuk merebus daging/ayam tua supaya cepat empuk bagi yg    tiada pressure cooker ~ masukkan 2 biji gula2 hacks hitam semasa merebus.. Insyaallah akan menjimatkan masa dan gas.. jgn risau masakan anda tidak akan berasa hacks..
Terima kasih kepada Abang Zainuddin Ibrahim kerana sudi berkongsi tips dari tukang masak askar.. tak percaya?? cuba dulu..

Tips 2: untuk mengelakkan lemak melekat dimulut ketika makan sup ~ selepas merebus daging, buangkan minyak yg terapung dipermukaan air rebusan kemudian barulah dimasukan bahan2  masakan.. 






2 comments:

  1. Pekat! Melekat!
    Sukerrr! Sukerrr!

    ReplyDelete
  2. Oh Oeya

    Suker yg pekat melekat ya Oya.. law tak cukup pekat boleh la tambah rempah supnyer yaa bagi melekat..

    ReplyDelete

my playlist