Tuesday 8 November 2011

Kek Karamel

Assalamualaikum.. 




Salam sejahtera semua .. dah lame zura xde entry masakan dek diganggu oleh anak kembar zura nih.. dah la sepanjang ari diorng dok ngadap comp ni,, nak guna jap pun susah.. huhuhu.. dah byk jugak resepi2 yang zura cuba cuma tak berpeluang nak update,, insyaallah akan update entry masa anak2 tido..




Kali ni zura nak share resepi kek karamel yang zura amek dari blog kesayangan zura iaitu masam manis.. kek ni memang sedap & gebu.. dah banyak kali zura buat kek ni, Alhamdulillah semuanyer menjadi.. terima kasih pada kak ita kerana sudi berkongsi resepi dan tips2 sehingga menjadi dgn gebunyer.. mintak izin kak ita nak share resepinyer di sini ya..




Zura copy paste resepinyer disini..


Kek Karamel

Gula Hangus 

  • 2 sudu besar gula pasir

  • Sediakan loyang 8 inc. 
  • Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  • Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  • Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan 
  • Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
  • Ketepikan 




Bahan Karemel


  • 1/2 tin susu cair 
  • 70g gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur

  • Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  • Kacau telur dan esen perlahan.
  • Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  • Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
  • Ketepikan.
  • Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  • (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )



Adunan Kek Bahan 1


  • 70g gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air 
  • 45ml minyak masak

  • Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  • Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik se
  • kali ganda.



Adunan Kek Bahan 2


  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder


  • Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  • Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  • Ketepikan.




Merinque 
 
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70g gula castor
  • 1 sudu teh krim of tar2

  • Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  • Pukul putih telur hingga berbuih
  • Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  • Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.
  • Gaul rata secara kaup balik
  • Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
  • Letakkan pewarna yang anda sukai.


  • Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  • Belang- belangkan adunan
  • Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
  • Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  • Akhir sekali dengan satu sudu.
  • Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  • Panaskan oven terlebih dahulu.. panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven tukar pada suhu 160C
  • Gunakan api bawah sahaja. 


Kaedah Steam Bath

 
  • Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  • Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  • Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  • Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  • Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  • Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  • Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  • Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  • Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  • Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.



Sharing is caring.. 


No comments:

Post a Comment

my playlist