Wednesday 28 September 2011

Warna-Warni Puding Kastard Berkuah

Assalamualaikum..


Bertemu lagi.. Mudah-mudahan hari ni ceria hendaknya seceria puding kastard zura ni.. hehehe.. Dah lama dah zura tak buat puding kastard,, tetiba pulak Ina jiran sebelah rumah mintak tolong buatkan tok jamuan hari raya malam nanti ni.. zura memang suka buat dan makan dessert.. seronok sebab sedap dan menarik..




Oleh kerana dah lama tak buat puding ni, resepi pon dah lupa la jugak.. zura pon apa lagi cari la kat myresepi.. cari punya cari terjumpa la dgn resepi yang lebih kurang sama dgn resepi lama zura tu.. zura ambil  resepi ni dari missima.. terima kasih ya missima kerana sudi kongsikan resepi ni..


Pagi2 lagi Ina dah hantar bahan2 tok wat puding.. dah siap keje rumah dan anak2 pun dah mandi,, zura pun godak ler puding ni.. mula2 nak buat yang original color jer.. tp memandangkan buah-buahan coctailnyer tak berapa ceria, zura pun terfikir tok warnakan puding ni.. jadilah puding warna-warni..


Macam mane? nak cuba tak buat puding ni? jom kita lihat macam mane nak buat puding kastard warna warni..


Puding kastard warna-warni berkuah


Bahan-bahan:


1 cawan tepung kastard
1/2 sudu kecil garam
5 cawan air (zura letak 6 cawan)
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan gula (zura tambah)
1 sudu minyak masak (zura tambah)
pewarna hijau, merah dan kuning(warna asal kastard)


Bahan kuah kastard


1 tin susu cair IDEAL (zura guna CARNATION)
4 senduk gula
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard
1 tin air 
Buah-buah tin, nata d coco, nenas tin


Cara-cara


Masukkan tepung kastard, 6 cawan air, garam, susu pekat, minyak dan gula ke dalam periuk besar.. kacau hingga sebati..
Hidupkan api.. kacau sentiasa supaya tepung tidak bergentel dan masak rata.. 
Tutup api apabila kastard sudah masak dan kelihatan berkilat.. Bahagikan kepada 3 warna..
Masukkan ke dalam acuan atau loyang.. Sejukkan dalam peti sejuk..


Cara-cara untuk kuah


Masukkan semua bahan kecuali buah-buahan dalam tin ke dalam periuk.. Hidupkan api dan sentiasa kacau..
Renehkan sehingga kuah mendidih dan tutup api..
Sejukkan juga di dalam peti sejuk..


Siap dah puding kastard.. masukkan puding ke dalam mangkuk, tuangkan kuah dan buah-buahan tin..
Sedia untuk dimakan.. 




Selamat menjamu selera..



No comments:

Post a Comment

my playlist