Monday 14 November 2011

Puding Roti Marble



Assalamualaikum..
Selamat pagi.. tinggal 1 minggu jer lagi nak cuti sekolah.. Dah rancang nak bawa anak2 bercuti di mana?? entah ye nak kemana cuti sekolah ni.. sibuk2 bercuti ni jgn lupa pulak langkah2 keselamatan di rumah tu.. Pagi ni zura nak kongsikan resepi puding yang zura buat petang semalam.. resepi puding ni zura dapat dari adik ipar zura, Ujie.. terima kasih pada Ujie kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ni..
Dah 2 kali zura buat puding ni.. 1st time guna roti Gardenia, 2nd guna roti tawar jenama biasa jer.. 




Honestly zura tak berapa suka guna Gardenia untuk buat puding roti ni kerana kuat bau rotinya.. lebih suka guna roti tawar biasa jer kerana tak berapa kuat baunya.. Jom tengok camner resepinya..


   Puding Roti Marble


  • Agar2 stripe - 10 gm
  • Air - 4 cawan
  • Roti tawar kecil - 1/2 bungkus
  • Susu cair - 1/2 tin (boleh guna susu tep + air)
  • Santan pekat - 1 setengah cawan
  • Gula - 1 cawan
  • Esen Vanilla - 1 camca teh
  • Pewarna
  • Koko - 3 camca besar + 2 camb air(pes)



   Cara2
  • Masak agar2 bersama air hingga larut dgn api sederhana. Tudungkn periuk dan kecilkan api sekiranya mahu cepat larut dan air tidak kering.
  • Kisar roti bersama santan dan susu cair, tuangkan ke dalam yang telah larut.
  • Masukkan gula dan esen vanilla hingga gula larut dan sebati.
  • Tutup api dan bahagikan kepada 3 bahagian, 1 bahg di campur koko, 1 bahg diwarnakan oren dan 1 bahg lagi warna asal.
  • Tuang 3 sudu besar adunan ke dalam bekas berselang - seli 3 adunan tadi hingga habis kesemua adunan.
  • Langkah ini perlu dilakukan dgn cepat kerana agar2 cepat mengeras.
  • Simpam dalam fridge apabila telah sejuk.
  • Potong puding dan terap mengikut corak kesukaan anda..



Resepi mudah untuk tetamu yang datang berkunjung..



7 comments:

  1. as-salam
    cantik marble puding roti tu..sedap mkn sejuk2..

    ReplyDelete
  2. Wsalam..
    Terima kasih ady.. memang sedap makan sejuk2..

    ReplyDelete
  3. Wah! Puding I like.. muah ;-)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Zura,
    Cantik kejadian puding ni, kreatif dan berseni nampaknya

    ReplyDelete
  5. Oh Oeya..
    Thanx 4 liking.. godek ler.. sonang sangat membuatnyer..

    ReplyDelete
  6. Wsalam kak Wattie..
    Terima kasih kak.. zura terap guna acuan cookies.. oleh kerana puding ni lembut mmg mudah sgt menerapnyer..

    ReplyDelete
  7. salam kenal kak zura,
    cantik n cute sy tgk puding nie..

    ReplyDelete

my playlist