Sunday 13 November 2011

Lempeng Istimewa bersama Kari Daging

Assalamualaikum..






Menu ape malam ni?? Entah kenapa malas pulak nak masak.. Suami tengok zura masih tak mula memasak petang tadi mula buka peti sejuk,, keluarkan daging.. terfikir jugak nak masak ape la tu agaknya?? Suami zura ni sebenarnyer lebih pandai masak berbanding zura.. cuma semenjak banyak kerja lebih masa ni dia dah kurang turun ke dapur.. Bila suami mula memasak, zura pun jadi asst jer la.. zura tanya nak masak nasi tak dia kata tak payah.. masak lempeng jer..  Oo.. ni mesti nak masak kari.. zura biarkan suami masak hingga siap pastu baru zura melempeng pulak.. 




Bukan susah sangat nak melempeng ni.. cuma kena kreatif sikit supaya anak2 suka nak makan.. Bagi sesiapa yang belum pernah melempeng ni,, jom la cuba masakan yang paling sonang nih.. cicah sardin pun sedap jugak.. zura kongsikan resepinyer di sini..


    Lempeng 



  • Tepung gandum - 2 cawan
  • Air - 2 cawan
  • Garam - 1 sudu teh
  • Butter/minyak - 1 camca besar



    Cara2

  • Kisar semua bahan didalam pengisar supaya tidak berketul.
  • Tuang adunan kedalam mangkuk.
  • Ambil sedikit adunan untuk diwarnakan dan masukkan kedalam piping bag.
  • Panaskan kuali leper dan lengserkan minyak.
  • Pipekan adunan yang berwarna di atas kuali mengikut corak kesukaan anda.
  • Tuangkan pula 1 senduk adunan tanpa warna diatas corak tadi dan ratakan adunan.
  • Biarkan lempeng masak, tak perlu dibalikkan..
  • Angkat lempeng dari kuali apabila lempeng tidak lagi melekat di kuali dan telah masak..
  • Letakkan di atas pinggan dan gulung.
  • Ulang langkah2 diatas hingga habis adunan..
  • Tak perlu lengserkan minyak lagi sekiranya adunan tidak melekat di kuali kerana sudah ada butter di dalam adunan..





     Kari Daging



  • Daging - 1/2 kg (di potong dadu)
  • Rempah penumis 4 sekawan
  • Bawang merah - 5 biji (dikisar)
  • Bawang putih - 3 ulas (dikisar)
  • Halia - 2 inci (dikisar)
  • Rempah kari - 1 paket kecil (25 gm)
  • Rempah kurma - 1 camca besar
  • Ubi kentang - 2 biji (dibelah 4)
  • Serai - 2 batang (diketuk)
  • Daun kari - setangkai
  • Asam jawa - 1/2 camca besar (dibancuh dgn sedikit air)
  • Santan pekat - 1 setengah cawan
  • Garam - secukupnya
  • Serbuk perasa



    Cara2

  • Campurkan bawang merah, bawang putih, halia, rempah kari dan rempah kurma menjadi pes.
  • Panaskan minyak untuk menumis.
  • Tumiskan rempah penumis dan bahan2 yang dijadikan pes sehingga naik bau dan naik minyak.
  • Masukkan sedikit air dan daging, masak hingga empuk.
  • Masukkan kentang, serai, daun kari, air asam jawa, garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan santan apabila kentang telah empuk.
  • Tak perlu masukkan santan cair untuk kari yang pekat.



    Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

my playlist