Monday 17 October 2011

Labbaik Allahumma Labbaik..

Assalamualaikum..


sumber: google



Sejahtera hendaknya semua ya.. Diam x diam, dah nak masuk bulan Zulhijjah.. Seronoknyer tengok orang pergi menunaikan Haji.. terdetik jugak la dlm hati bila la turn zura pulak.. Insyaallah.. Allah maha mendengar doa hamba-Nya.. Rindunyer pada Kaabah.. rindu pada suasana dimana Allah sentiasa diutamakan.. terasa keindahan & keteguhan Islam di sana walaupun telah 15 tahun yang lalu zura mengerjakan umrah.. Detik itu merupakan kenangan manis dalam hidup zura.. 




Alhamdulillah.. tahun ni tercapai jua hajat kedua ibubapa zura utk mengerjakan haji.. Bersyukur sangat2 bila Abah & Mak dapat tawaran dan kemudian ujian kesihatan pun tidak menjadi halangan walaupun Abah & Emak mempunyai masalah kesihatan.. Lebih mendebarkan apabila jadual penerbangan masih belum di terima walaupun sudah masuk bulan Zulkaedah,, yang kebiasaannya sudah diterima pada bulan Syawal.. 






Panik jugak la bila penerbangan awal sudah berlepas tapi masih belum dapat jadual penerbangan.. Lepas tu baru la gelabah,, hari2 pegi Tabung Haji Kulai tanya jadual.. Oleh kerana petugas TH Kulai tak berjaya hubungi Puan Norlin dr TH W.P,, dia pun beri no tel Puan Norlin untuk dihubungi.. Alhamdulillah.. Puan Norlin berikan no kapal terbang dan tarikh penerbangan iaitu pd 11 okt 2011.. Huhh! legaa.. ia la cuak juga kalau tak jadi pergi di saat2 akhir.. Maklum la kenduri dan persiapan dah dibuat.. Masa hanya ada seminggu sahaja lagi untuk buat persiapan terakhir.. kami adik beradik sama2 membantu untuk menyiapkan keperluan mereka..








Dalam 1 minggu terakhir memang penat la mak & abah coz ramai sanak saudara & kenalan yang datang berkunjung.. Nasib baik juga kami dengar nasihat pakcik yang bekerja di Tabung Haji untuk membuat kenduri lebih awal.. kalau tunggu tarikh baru nak buat kenduri memang kelam kabut jugak la.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Zura doakan mak & abah diberi kesihatan, dipermudahkan segala urusan serta mendapat haji yang mabrur.. Amin..





2 comments:

my playlist