Monday 14 November 2011

Puding Roti Marble



Assalamualaikum..
Selamat pagi.. tinggal 1 minggu jer lagi nak cuti sekolah.. Dah rancang nak bawa anak2 bercuti di mana?? entah ye nak kemana cuti sekolah ni.. sibuk2 bercuti ni jgn lupa pulak langkah2 keselamatan di rumah tu.. Pagi ni zura nak kongsikan resepi puding yang zura buat petang semalam.. resepi puding ni zura dapat dari adik ipar zura, Ujie.. terima kasih pada Ujie kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ni..
Dah 2 kali zura buat puding ni.. 1st time guna roti Gardenia, 2nd guna roti tawar jenama biasa jer.. 




Honestly zura tak berapa suka guna Gardenia untuk buat puding roti ni kerana kuat bau rotinya.. lebih suka guna roti tawar biasa jer kerana tak berapa kuat baunya.. Jom tengok camner resepinya..


   Puding Roti Marble


  • Agar2 stripe - 10 gm
  • Air - 4 cawan
  • Roti tawar kecil - 1/2 bungkus
  • Susu cair - 1/2 tin (boleh guna susu tep + air)
  • Santan pekat - 1 setengah cawan
  • Gula - 1 cawan
  • Esen Vanilla - 1 camca teh
  • Pewarna
  • Koko - 3 camca besar + 2 camb air(pes)



   Cara2
  • Masak agar2 bersama air hingga larut dgn api sederhana. Tudungkn periuk dan kecilkan api sekiranya mahu cepat larut dan air tidak kering.
  • Kisar roti bersama santan dan susu cair, tuangkan ke dalam yang telah larut.
  • Masukkan gula dan esen vanilla hingga gula larut dan sebati.
  • Tutup api dan bahagikan kepada 3 bahagian, 1 bahg di campur koko, 1 bahg diwarnakan oren dan 1 bahg lagi warna asal.
  • Tuang 3 sudu besar adunan ke dalam bekas berselang - seli 3 adunan tadi hingga habis kesemua adunan.
  • Langkah ini perlu dilakukan dgn cepat kerana agar2 cepat mengeras.
  • Simpam dalam fridge apabila telah sejuk.
  • Potong puding dan terap mengikut corak kesukaan anda..



Resepi mudah untuk tetamu yang datang berkunjung..



Sunday 13 November 2011

Lempeng Istimewa bersama Kari Daging

Assalamualaikum..






Menu ape malam ni?? Entah kenapa malas pulak nak masak.. Suami tengok zura masih tak mula memasak petang tadi mula buka peti sejuk,, keluarkan daging.. terfikir jugak nak masak ape la tu agaknya?? Suami zura ni sebenarnyer lebih pandai masak berbanding zura.. cuma semenjak banyak kerja lebih masa ni dia dah kurang turun ke dapur.. Bila suami mula memasak, zura pun jadi asst jer la.. zura tanya nak masak nasi tak dia kata tak payah.. masak lempeng jer..  Oo.. ni mesti nak masak kari.. zura biarkan suami masak hingga siap pastu baru zura melempeng pulak.. 




Bukan susah sangat nak melempeng ni.. cuma kena kreatif sikit supaya anak2 suka nak makan.. Bagi sesiapa yang belum pernah melempeng ni,, jom la cuba masakan yang paling sonang nih.. cicah sardin pun sedap jugak.. zura kongsikan resepinyer di sini..


    Lempeng 



  • Tepung gandum - 2 cawan
  • Air - 2 cawan
  • Garam - 1 sudu teh
  • Butter/minyak - 1 camca besar



    Cara2

  • Kisar semua bahan didalam pengisar supaya tidak berketul.
  • Tuang adunan kedalam mangkuk.
  • Ambil sedikit adunan untuk diwarnakan dan masukkan kedalam piping bag.
  • Panaskan kuali leper dan lengserkan minyak.
  • Pipekan adunan yang berwarna di atas kuali mengikut corak kesukaan anda.
  • Tuangkan pula 1 senduk adunan tanpa warna diatas corak tadi dan ratakan adunan.
  • Biarkan lempeng masak, tak perlu dibalikkan..
  • Angkat lempeng dari kuali apabila lempeng tidak lagi melekat di kuali dan telah masak..
  • Letakkan di atas pinggan dan gulung.
  • Ulang langkah2 diatas hingga habis adunan..
  • Tak perlu lengserkan minyak lagi sekiranya adunan tidak melekat di kuali kerana sudah ada butter di dalam adunan..





     Kari Daging



  • Daging - 1/2 kg (di potong dadu)
  • Rempah penumis 4 sekawan
  • Bawang merah - 5 biji (dikisar)
  • Bawang putih - 3 ulas (dikisar)
  • Halia - 2 inci (dikisar)
  • Rempah kari - 1 paket kecil (25 gm)
  • Rempah kurma - 1 camca besar
  • Ubi kentang - 2 biji (dibelah 4)
  • Serai - 2 batang (diketuk)
  • Daun kari - setangkai
  • Asam jawa - 1/2 camca besar (dibancuh dgn sedikit air)
  • Santan pekat - 1 setengah cawan
  • Garam - secukupnya
  • Serbuk perasa



    Cara2

  • Campurkan bawang merah, bawang putih, halia, rempah kari dan rempah kurma menjadi pes.
  • Panaskan minyak untuk menumis.
  • Tumiskan rempah penumis dan bahan2 yang dijadikan pes sehingga naik bau dan naik minyak.
  • Masukkan sedikit air dan daging, masak hingga empuk.
  • Masukkan kentang, serai, daun kari, air asam jawa, garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan santan apabila kentang telah empuk.
  • Tak perlu masukkan santan cair untuk kari yang pekat.



    Selamat mencuba!!

Friday 11 November 2011

Sup Tulang Rusuk mamak style





Assalamualaikum..


Salam ceria semua.. walaupun hati tak berapa nk ceria.. huhuhu.. 11.11.11,, wah beruntungnyer mereka yang menyambut hari lahir pd hari ni.. sekali dalam hidup.. tapi takpe.. zura tggu taun depan, bday zura 12.2.12.. walaupun tak berapa cantek tapi boleh la.. hee.. Hahh!! nak masak ape harini?? harini zura masak sup tulang rusuk.. resepi ni zura dapat dari kakak ipar zura yang berniaga restoran satu masa dulu.. sebelum ni zura tak pandai makan sup yg pekat dgn rempah.. tapi dah selalu makan, sedap la pulak.. 






Bagi penggemar sup mamak boleh try resepi ni..




    Sup Tulang Rusuk


    Bahan2
  • Tulang Rusuk - 2 kg
  • Rempah penumis 4 sekawan
  • Bawang merah - 7 biji (dikisar)
  • Bawang putih - 3 ulas (dikisar)
  • Halia - 3 inci (dikisar)
  • lengkuas - 2 inci (dikisar)
  • Rempah sup - 1  1/2 paket kecil (5 camca besar)
  • Rempah kurma - 1/2 paket kecil (2 camca besar)
  • Serai - 3 batang (diketuk)
  • Batang Seleri - 1 batang (dipotong2 serong)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Daun sup - 2 pokok (dihiris)
  • Bawang goreng



    Cara2 memasak
  • Rebus tulang rusuk hingga empuk.. Oops,, bukan tulangnya yg empuk tapi daging disebelah tulang tu..
  • Tumiskan rempah penumis, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas hingga naik bau.. masukkan pula rempah sup & rempah kurma kedalam tumisan tadi seketika sahaja dan tutup api..
  • Tuangkan kedalam periuk rebusan tulang..
  • Masukkan juga batang seleri, serai, garam & serbuk perasa..
  • Hidangkan ke dalam mangkuk & taburkan daun sup dan baw goreng..


    Sambal Kicap special

  • Cili padi - 1/2 cawan (digoreng)
  • Bawang putih - 2 ulas (digoreng)
  • Gula - 1/2 cawan
  • Kicap lemak manis - 1/2 cawan
  • Bawang goreng - 2 camca besar

   Cara2
  • Kisar semua bahan hingga hancur..
  • Tuangkan dalam mangkuk..
  • Siap dah sambal kicap..

Tips 1: untuk merebus daging/ayam tua supaya cepat empuk bagi yg    tiada pressure cooker ~ masukkan 2 biji gula2 hacks hitam semasa merebus.. Insyaallah akan menjimatkan masa dan gas.. jgn risau masakan anda tidak akan berasa hacks..
Terima kasih kepada Abang Zainuddin Ibrahim kerana sudi berkongsi tips dari tukang masak askar.. tak percaya?? cuba dulu..

Tips 2: untuk mengelakkan lemak melekat dimulut ketika makan sup ~ selepas merebus daging, buangkan minyak yg terapung dipermukaan air rebusan kemudian barulah dimasukan bahan2  masakan.. 






Wednesday 9 November 2011

Tart Bunga yang sangat comel

Assalamualaikum..


Apa khabar semua?? Harap sume sihat yee.. Hari ni adalah hari terakhir bagi sesiapa yg nak melaksanakan ibadah korban 1432H.. zura doakan agar semua perkara2 baik akan dipermudahkan oleh Allah.. Amin.. cerita pasal raye ni,, aritu wat cookies ape tok raye?? zura buat 1 jenis jer,, buat ade2.. tengah malas nak mengookies nih.. 1 jenis pun ok la,, dari xde.. hehee.. nak tau zura buat cookies ape?? cookies ni dah lame zura nak buat tapi x berkesempatan lagi.. so zura buat sebelum hari raya Haji aritu..




Tart bunga ni pun zura jumpe kat dapur kak ita yang sangat berseni & terlebih energy tu.. nak tau kenapa zura cakap camtu,, sbb hari2 ader jer resepi menarik yg dia share.. Terima kasih byk2 pd dia coz sudi kongsikan resepi & cara2 buat tart bunga ni.. so zura minta izin nak kongsikan pulak pada kawan yang lain.. Tart ni memang sedap,, rugi kalau x cuba.. 


    Tart Bunga Comel


  • Butter - 115 gm
  • Minyak sapi - 115 gm
  • Telur gred B - 1 biji
  • Tepung gandum - 450 gm
  • Sedikit Garam
  • Air sejuk (zura x letak)


  • Pecahkan telur di dalam bekas adunan..
  • Masukkan butter dan minyak sapi.
  • Gaul hingga sebati dgn hanya menggunakan whisk.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • zura tak gunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh, letakkan sebentar didalam peti ais.
  • Guna acuan seperti gambar dibawah.
  • Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
  • Jika letak inti yg banyak maka dapatlah tart yang tebal.
  • Bakar pada suhu 170C - 180C selama 20-25 minit.



    Jem Nenas



  • 10 biji nenas - disagat dan toskan airnya
  • 3 kampit gula
  • sedikit pewarna kuning




  • Kacau nenas dan gula.
  • Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
  • Kacau hingga kering dgn api perlahan.



      Cara2 bagaimana membuat tart bunga


Untuk tampok bunga, ambil sedikit doh dan warnakan hijau.








Selamat mencuba!!

Tuesday 8 November 2011

Kek Karamel

Assalamualaikum.. 




Salam sejahtera semua .. dah lame zura xde entry masakan dek diganggu oleh anak kembar zura nih.. dah la sepanjang ari diorng dok ngadap comp ni,, nak guna jap pun susah.. huhuhu.. dah byk jugak resepi2 yang zura cuba cuma tak berpeluang nak update,, insyaallah akan update entry masa anak2 tido..




Kali ni zura nak share resepi kek karamel yang zura amek dari blog kesayangan zura iaitu masam manis.. kek ni memang sedap & gebu.. dah banyak kali zura buat kek ni, Alhamdulillah semuanyer menjadi.. terima kasih pada kak ita kerana sudi berkongsi resepi dan tips2 sehingga menjadi dgn gebunyer.. mintak izin kak ita nak share resepinyer di sini ya..




Zura copy paste resepinyer disini..


Kek Karamel

Gula Hangus 

  • 2 sudu besar gula pasir

  • Sediakan loyang 8 inc. 
  • Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  • Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  • Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan 
  • Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
  • Ketepikan 




Bahan Karemel


  • 1/2 tin susu cair 
  • 70g gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur

  • Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  • Kacau telur dan esen perlahan.
  • Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  • Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
  • Ketepikan.
  • Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  • (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )



Adunan Kek Bahan 1


  • 70g gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air 
  • 45ml minyak masak

  • Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  • Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik se
  • kali ganda.



Adunan Kek Bahan 2


  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder


  • Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  • Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  • Ketepikan.




Merinque 
 
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70g gula castor
  • 1 sudu teh krim of tar2

  • Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  • Pukul putih telur hingga berbuih
  • Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  • Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.
  • Gaul rata secara kaup balik
  • Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
  • Letakkan pewarna yang anda sukai.


  • Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  • Belang- belangkan adunan
  • Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
  • Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  • Akhir sekali dengan satu sudu.
  • Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  • Panaskan oven terlebih dahulu.. panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven tukar pada suhu 160C
  • Gunakan api bawah sahaja. 


Kaedah Steam Bath

 
  • Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  • Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  • Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  • Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  • Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  • Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  • Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  • Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  • Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  • Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.



Sharing is caring.. 


Alhamdulillah.. Selesai sudah Ibadah korban..



Assalamualaikum..


Harap  sihat semuanyer.. bagaimana dgn Hari Raya Aidil Adha,, tentu ramai yg balik kg kn?? Alhamdulillah.. walaupun dgn ketiadaan kedua ibubapa zura yg mengerjakan ibadah haji,, Ibadah korban tetap dilaksanakan di kediaman ibubapa zura atas permintaan peserta2 ibadah korban.. 




Sebelum ni zura memang tak pernah ada pengalaman melihat ibadah korban dilaksanakan.. So,, ni merupakan kali pertama zura saksikan.. Alhamdulillah.. bersyukur sangat2 kerana semuanyer berjalan dgn lancar,, tak sampai 2jam semuanyer sudah selesai.. 




Terima kasih tak terhingga kepada Hajah Manah yang menguruskan tentang pembelian lembu dan kepada yang lain2 atas kerjasama yang diberikan.. Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H..

my playlist